Lets Follow

Semakin HAMBAR T.T


Selamat malam happy Memangdangkan blog ni takde orang baca kan . I want to express my feeling lah . Hmm semakin hari semakin hambar rasanya . Tapi ntah laaa , Kalau banyak keje tu takdelah terasa sangat . Tapi kalau Sorang-sorang kat bilik , rasa macam nak gilaa broken heart Dah la family jauh, kawan-kawan pun jauh . Kat sini ada je , tapi takbest pulak kalau nak bercerita dengan dorang.

Tengok orang lain , macam happy je . Tak bergaduh , sweet aje . Aku memanglah tak bergaduh tapi , ntah laa . Asyik busy je . Takde masa langsung . Tak macam dulu dah . Makin lama makin menghilang , walaupun takde lah hilang lama-lama tapi , terasa jugak laa yang dia hilang waiting 

Seriously jeles sangat tengok budak-budak lain , tambah-tambah lagi roommate , kawan-kawan rapat yang paling koman pun seminggu sekali keluar , dinner , tengok movie . Tapi aku memang tak boleh nak harapkan benda tu sebab masing-masing jauh , Sebabtu aku harap dia ada when i'm needed him . Tapi tu lahh , dengan keadaan sekarnag ni memang susah laa nak dapatkan macam tu . Even banyak benda nak bercerita , nak kongsi , still tak dapat lagi . And nanti bila ada masa , memang dah lupa laa . 

Taktaulah apa puncanya . Aku cuma mampu tunggu je lah . Dengan harapan dia akan berubah jadi macam dulu balik sad Baru nak masuk 2 tahun pun dah jadi mcam ni , macam mana laa nak hidup lagi lama dengan aku . Mesti rasa annoying gila kann ? 

And maybe jadi macam ni sebab aku selalu letak high expectation dekat dia . Selalu anggap yang dia akan layan aku macam first dulu-dulu kenal . Itu lahh , bercinta ni mudah tapi nak kekalkan , nak layan perasaan masing-masing tu susah laa . Maybe bukan cara dia macam tu . Tapi bila tengok balik kisah-kisah dia yang lama , macam lari je dengan apa yang dia buat dekat aku ni crying Hehehe gatal lagi pegi baca buatpe kan ? Padan laa muka ! 





Terima kasih :)

Unproductive days



Hello , selamat malam :)

Harini memang hari yang tak berapa nak productive sama macam hari-hari lain jugak . Tapi rasanya Semester 4 ni much better dari sem-sem lepas . Sebabnya sem ni banyak sikit kawan, biasa lah dah biasa dengan environment kat sini. Dah kenal mana satu kawan, mana satu lawan. Tapi tetap jugak ada yang memahami. 

Harini takde buat pape memandangkan semalam dah tidur lewat, so bangun pun memang lewat jugak lah pagi tadi . Hihi itu perkara biasa takde yang pelik pun bagi student macam aku ni. So, bangun je cuci baju semua then pegi Court tengok budak-budak ni main futsal.

Temankan Nur dengan si Wana ni lepastu terus makan sekali. Balik tu, sambung tido la macam biasa hahaha. Malam sikit pegi makan, pastu lepak kat Court Tennis temankan Wana main roller blade. Perghhh lusa pulak ada test Custom, forwarding & Excise. Harap-harapnya dapat lah jawab. Malas pulak rasanya nak study.

Eh, lupa pulak. Esok ada tournament futsal. Bedal je lah main macam mana pun. Tetiba kena paksa masuk. Ntah laa nak main macam mana ni , tengok bola pun lari haha

Bytheway, my love is ontheway balik Johorrrr ! Haha excited lebih. Padahal dia balik rumah dia je, tak datang melawat sini punnn . Takpe lahh . Have a safe ride home ye sayang . Hehehe okay lah goodnight ! :* 

Terima kasih :)

Ya Ampunnn !!


Haiii ! Selamat malam . Hehehe penat pulak rasanya erghhhh 

SETAHUN lebih dah tak update blog . Tiba-tiba rasa rindu nak update. Alkisahnya nak update blog, tapi lupa email, lupa password mana yang guna untuk blog ni. Ada jugak la try nak login haritu, tapi last-last lupa gitu je. Ni ingat balik, tapi nak mencari pasword & emailnya tu kemain lama. Dari pukul 8 lebih tadi sampai lah ke sekarang, dekat pukul 2pagi dahh hihihi

Itu laa tinggal lama sangat! Kan dah tak ingat -,- Hihiihi tapi alhamdulillah la boleh jugak lepas 5 jam bertungkus lumus mencari. Banyak sangat email sampai taktahu mana yang pakai untuk blog ni. Lepas jumpa, takde link pulak dengan email. So terpaksa la check satu-satu utk confirmkan betul ke tak email yang guna tuu hahaha

Yahoo pulak nak confirmkan dengan tanya security question. Mananya nak ingat, dari tahun 2009, sekarang dah tahun berapa. Memang tak lah nak dapat jawab. Lepas cari, cari & cari , finally dapat jugak login & update . Hihihi Rindu nak matiiii hahaha



Terima kasih :)