Lets Follow

Selamat hari ibu ft Hati yang lara

Hai , selamat malam ! Sebelum apa-apa, kita nak ucapkan dulu selamat hari ibu kepada ibu-ibu di Malaysia terutama sekali bonda tercinta love struck Selamat hari ibu. Terima kasih sebab dah membesarkan anakmu yang nakal, mengada, tak dengar kata ni . Semoga mak panjang umur dan dimurahkan rezeki serta kesihatan yang baik. Walaupun tiap-tiap hari sepatutnya memang hari ibu, tapi harini kira macam hari yang penting laa. Contohnya la kan, kalau takde tarikh yang macamni, Means tarikh tetap, mesti ada punya laa yang lupa, Ntah-ntah tak ucapkan terima kasih pun mak masing-masing kan ? nail bitingHaa kira bagus jugak laa. Yang pasal haram tu, kita tak payah laa ikut adatnya, tak payah niat macam tu. Just niat untuk appreciated macam-macam yang mak kita dah buat. Kan kan ? big hug
Btw, tajuk sebenar bukan nak cakap pasal tu. Itu baru intro big grin 
Okay, aku tak faham dengan kisah hidup aku sekarang ni confused Hmmp taktau nak start dari mana . Actually dah dekat 3 bulan perangai dia berubah. Aku taktau apa salah aku. Salah aku ke salah dia aku tak pasti. Tapi setahu aku lah kan, aku tak pernah berubah. Sama jugak macam dulu. Cara aku layan dia, cara text, semua cara laa semua sama je. Tapi dia ? Hmmp tak tau laa kenapa jadi lain sangat sampai macam tu worried

Memang, memang dia sekarang tengah Intra, tapi takkan lah sampai berubah jadi macam tu. Text sehari sekali, call lagi lah jarang. Whatsapp pun kurang. Tapi bila check last seen, asyik online aje, tak pun time tu tak lari jauh laa dengan last seen tu raised eyebrows Nak kata busy, tak jugak sebab baru intra kan, takkan lah bos dia tu nak bagi keje banyak-banyak. Huarghhhhh . Tension nyaaaa. 

Kenapa orang lain intra, tak jadi macam tu? 
Kenapa orang lain busy tapi sempat jugak text/call? 
Kenapa orang lain kerja, tapi selalu je keluar sekali?
Kenapa orang lain dapat buat semua tuuu tapi bukan dia? 
Kenapa orang lain boleh je spent time dengan orang yang dorang sayang?

Banyak sebenarnya aku nak tanya dia, tapi macam biasa lah, Tanya tapi jawapan sama jugak dia bagi. Kadang ada la jugak yang dapat la tenangkan hati ni sikit. Tapi lepas tu je, buat balik perangai lama. Dengan kawan-kawan dia ada je masa, hiking lah, lepak cc la , jalan-jalan laaa, tapi dengan aku hmm haramm .

Mungkin jugak laa i'm not the one yang perfect. Yang dia boleh banggakan kalau keluar jalan ngan dia. That's why jarang dia nak spent time dengan aku. Yelah, aku ni ape je ada, dengan muka pecah, jerawat sana sini, parut banyak, pendek, gemuk semua. Malu kot, kann ? 

Maybe jugak dia layan aku macam tu sebab dia tau, takde orang nak dekat aku selain dia, walaupun terpaksa. Takde orang pandang aku & aku jenis tak suka nak berkawan dengan orang lain kalau dah ada dia. Sebab tu dia macam layan tak layan je aku kan kan ? 

Tapi yang pasti nya, insyaAllah aku akan bertahan. Tak kisah la kau nak buat perangai macam mana sekali pun and i'll stay by ur side sampai aku rasa macam 

"ermm dah cukup la ni, tak payah nak seksakan diri sayang orang yang tak sayang kau". 

Memang ape aku cakap ni aku akan buat. Kadang, bila dah penat, dah tak tahan, memang takkan lagi la aku nak jadi tunggul kat sini. Tapi buat masa ni, selagi aku boleh bertahan, i will. Biar kadang-kadang terfikir macam

"bodoh jugak eh kau ni" 

Tapi tu laa orang cakap, kalau dah sayang, apa pun sanggup buat. Even hati ni dah retak seribu, dah bercantum-cantum balik dah, tapi kalau dah sayang memang tak boleh buat pape silly

Okay la, banjir dah bilik ni dengan air mata. HAHA . Tapi takpe, lega sikit rasa daripada pendam sorang-sorang pastu malam-malam nak tido, menangis laughing Byeeee wave


Terima kasih :)