Lets Follow

Zero


Dah hampir 4bulan breakup, tapi still tak boleh lupakan dia. Hmm taktau la kenapa susah sangat ni. Macam-macam benda dah buat nak bagi lupa, tapi tetap tak boleh jugak. Even dia dah bahagia dengan orang yang dia sayang sekarang, aku takleh nak lupakan dia jugak. Dah cuba wujudkan rasa benci, tapi tak boleh. Walaupun kadang-kadang tak ingat pasal dia, tapi benda tu bertahan kejap je. Kejap sangat. Selang sehari dua, teringat balik.

Ada la kawan dia yang bagi nasihat, suruh move on, macam2 dah kata-kata semangat yang dia bagi, tapi hmmm macam ni lah, sama jugak. Depan orang memang kita cakap kita kuat, kita tak fikir dah pasal dia, dah lama lupakan, dah tak ingat langsung dekat dia, taknak contact apa semua, tapi benda ni semua tipu je. Segan la nak cakap kat orang yang kita tak boleh lupakan dia, macam desperate sangat pulak. So, depan orang kena la tunjuk yang kita ni kuat! Ego kena tinggi sikit. haha. Kenapa laaa kali ni susah sangat eh nak lupakan kau? Dah kena bomoh agaknya. 

Dannnnn, dalam masa 4bulan ni jugak lah aku takde rasa nak bercinta, nak berkenalan dengan sape-sape. Risau benda macam ni jadi lagi. Dulu tak fikir, ye lahh dah dia punya words pun macam boleh dipercayai. Katanya 
"Umur dah lebih 20tahun, dah tak fikir nak main-mainkan perasaan orang. Dah fikir nak cari duit, nak habiskan study, nak jaga anak dara orang. Tak sempat dah nak cari orang lain"
Tapi hakikatnya, dia yang buat hal. Tak sure laa cari orang lain ke, orang datang cari dia ke apa. Tapi benda kalau tak gatal, tak fikir nak cari yang sempurna, mungkin benda ni tak jadi. Dah takde hati nak bercinta. Bayangkan lah, 2tahun dengan dia, even nampak kejap, tapi tu lah yang paling lama pernah aku hadap. Tak pernah rasa nak cari yang lain walaupun nak kata dia yang sempurna tu tak langsung, tapi bila fikir-fikir, buat ape nak cari yang lain, yang tu dah cukup sempurnakan aku.

Last-last, semuanya hancur. Sia-sia je rasa semua benda yang dah buat. Hmm paling teruk dah ni rasa. Disebabkan dia, hancur terus kepercayaan kat semua orang. Tak kira la lelaki ke perempuan, sama je. Tak boleh dah nak 100% trust dekat someone.
Terima kasih :)